Month: Oktober 2015

Untuk Ini Aku Ada Yesus

Jarang sekali ada musim yang bebas daripada masalah dalam hidup kita, tetapi kadang-kadang serangan hebat itu menakutkan.

Sukacita Atas Kehadiran Tuhan

“Matlamat utama manusia adalah untuk memuliakan Tuhan dan memuji Dia selama-lamanya,” adalah pernyataan dalam ajaran Westminster Catechism (Soal Jawab Agama). Banyak ayat Kitab Suci memanggil untuk memberi kesyukuran dan penyembahan yang bersukacita kepada Tuhan yang hidup. Apabila kita menghormati Tuhan, kita merayakan Dia sebagai Sumber yang mengalirkan segala kebaikan.

Mengapa Kristus Harus Mati?

Tidakkah Dia dapat melakukan lebih banyak jika Dia terus menjalani hidup yang memuaskan dan bahagia? Bayangkan semua orang yang dapat disembuhkan-Nya, pengajaran yang dapat disampaikan-Nya, dan masalah yang dapat diselesaikan-Nya. Mengapakah Dia ingin dan harus mati? Mengapakah Dia tidak membela diri di mahkamah demi keluarga-Nya, para pengikut-Nya, dan semua orang yang mengagumi Dia?

Buku kecil ini, hasil tulisan para penulis…

Maria & Yusuf

Pada musim cuti, mungkin anda melihat cahaya di tingkap orang lain dan sedar anda sudah kehilangan semangat Krismas. Walaupun anda berusaha hidup sesuai dengan harapan orang lain, mungkin anda tiada keinginan untuk memberi hadiah lagi. Bahkan loceng gereja dan lagulagu Krismas pun membuat anda berasa bahawa Tuhan meminta lebih daripada kemampuan anda.

Jika anda berasa begitu, anda perlu melihat semula…

Betulkah Kristus Bangkit Daripada Kematian?

Jawapan kepada soalan ini amat penting kerana mempengaruhi hal-hal yang berkaitan, iaitu kebolehpercayaan Alkitab, jawapan kepada erti hidup yang anda sedang cari. Tujuan hidup manusia. Semua ini bergantung kepada kenyataan sama ada Yesus hidup atau tidak. Adakah jenazah-Nya benar-benar keluar dari kubur?

Sama ada anda percaya pada mukjizat kebangkitan Yesus atau tidak, namun kami berharap buku kecil ini dapat membantu…

Contoh Doa Yesus

Kita menganggap kita boleh bersandar kepada Tuhan menurut persyaratan kita sendiri, terutama dalam cara kita berdoa. Tetapi inilah yang menjadi masalah terbesar dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Walaupun kebanyakan orang memang berdoa, namun tidak banyak orang yang berdoa kepada Tuhan menurut persyaratan-Nya.

Buku kecil ini hendak menunjukkan cara berdoa menurut kehendak Tuhan. Doa Tuhan, salah satu doa yang paling diketahui…

Betul-Betul Angkuh

“Dia fikir dia benar-benar hebat!” Itulah penilaian rakan saya terhadap seorang rakan Kristian yang kami kenal. Kami fikir kami melihat di dalam dirinya ada roh keangkuhan. Kami sedih apabila kami mengetahui tidak lama kemudian dia terperangkap dalam beberapa salah laku yang serius. Dengan meninggikan dirinya, dia tidak mendapat apa-apa kecuali masalah. Kami menyedari bahawa hal itu boleh berlaku kepada kami juga.

Pandangan Di Bahagian Dalam

Pesara pakar fizik Arie van’t Riet mencipta karya-karya seni dengan cara yang luar biasa. Dia mengatur tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang sudah mati dalam pelbagai gubahan kemudian meng-X-ray semuanya. Dia mengimbas gambar-gambar x-ray ke dalam komputer dan kemudian menambah warna pada bahagian-bahagian tertentu gambar-gambar itu. Karya seninya mendedahkan kerumitan dalaman bunga, ikan, burung, reptilia, dan monyet.

Menunggu Jawapan

Ketika anak perempuan kami berumur 15 tahun, dia melarikan diri. Dia telah hilang lebih daripada 3 minggu. Tempoh itu merupakan 3 minggu yang paling panjang dalam hidup kami. Kami mencari dia di merata tempat dan meminta bantuan daripada polis dan rakan-rakan. Pada masa-masa yang mencemaskan itu, saya dan isteri belajar kepentingan menunggu akan Tuhan dalam doa. Kami telah kehabisan sumber dan kekuatan. Kami harus bergantung kepada Tuhan.